Ops Cinta Din Sardin (2017) Slot Kelakarama TV9


Saksikan drama bersiri Ops Cinta Din Sardin kesinambungan daripada telefilem Din Sardin. Drama arahan Nazir Jamaluddin ini dibintangi oleh Mira Filzah, Izzue Islam, Niena Baharun, Bell Ngasri, Ariff Aziz, Syazuwan Hassan dan ramai lagi.

Tayangan: TV9
Siaran : Mulai 11 Ogos 2017, Selasa-Ahad, 8.30 malam
Jumlah Episod: 20
Status: Terkini - Episod 9

Tonton
Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20

Download
Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20

SINOPSIS DRAMA OPS CINTA DIN SARDIN
Mengisahkan seorang pemuda bernama Din Sardin yang sudah bosan bekerja di kilang memproses ikan sardin. Kerana jemu dia nekad untuk berhenti kerja. Baginya dia perlu mengubah nasib diri jika mahu berjaya dan dalam masa yang sama bercita-cita mahu mencari calon isteri yang mampu membawanya berjaya dalam hidup.

Dalam perjalanan mengejar cita-cita, dia berhadapan dengan seribu satu dugaan. Namun nasibnya berubah apabila dia diterima masuk sebagai salah seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Selepas itu, hidup Din mula berubah dan semangatnya kembali mekar untuk mendapatkan cinta Che Ta.Din Sardin menjadi anggota JPJ dan bercinta dengan Su sejak sama-sama dalam latihan. Kebetulan pula Che Ta bertugas menjadi jurulatih di pusat latihan itu, menemukannya dengan Din Sardin. Percintan Din Sardin dan Su Berakhir. Din dipindahkan ke Putrajaya, dan diserapkan satu unit dengan Che Ta yang menjadi ketuanya.

Din berusaha mendapatkan cinta Che Ta. Su kemudian dipindahkan juga ke Putrajaya. Su ingin kembali kepada Din, tetapi Din menolak kerana Din mengejar cinta Che Ta. Su kecewa. Che Ta pula menolak cinta Din Sardin. Din Sardin pula yang kecewa. Dia mahu kembali kepada Su, tetapi Su sudah ada teman lelaki baru. Din Sardin kecewa. Hinggalah dia berubah menjadi anggota JPJ yang paling cemerlang dan dia berjaya menambat hati Che Ta semula.
Back To Top